Panduan & Bimbingan Pelaksanaan Tugasan Modul 6 TS25 Kohort 5 (2021)

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by
173 Views
Modul 6 TS25 Mempunyai dua sub modul iaitu Sub Modul 6.1 merupakan sub modul TERAS yang berkaitan dengan Merungkai Standard PdP-KmR manakala sub modul 6.2 ialah sub modul SOKONGAN yang berkaitan dengan Pengajaran lnovatif - Pelan Pembelajaran Berasaskan Projek.

Sub Modul 6.1, merungkai DSKP memberi kemahiran kepada guru untuk merungkai DSKP dalam merancang pembelajaran bermakna. Aktiviti yang di susun akan membantu guru meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang urutan pengetahuan serta kemahiran dalam DSKP. Penyediaan pelan perancangan pengajaran melalui KmR ini pula dapat membantu guru memantapkan amalan PdP bermakna melalui pentaksiran yang terancang.

Sub Modul 6.2, merupakan lanjutan daripada Sub Modul 6.1. Fokus sub-modul ini ialah merancang PdP berasaskan KmR-PBL secara inovatif ke arah merealisasikan pembelajaran bermakna. Aktiviti yang disusun dapat mencipta ruang dan peluang untuk murid menghasilkan produk serta persembahan secara autentik dengan mengaplikasi 6C disamping mengambil kira elemen kolaboratif dan perspektif global.

Sesi ini ialah cuplikan dari pada sesi perbengkelan Rakan ELIT (SISC+) Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah diadakan pada 2 Jun 2021. Rakaman ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman Rakan ELIT agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam memberi sokongan dan bimbingan kepada pihak sekolah. Video ini telah diedit semula agar kandungannya dapat disesuaikan dengan keperluan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran. Video ini sesuai untuk dijadikan garis panduan dalam melaksanakan tugasan Modul 6, bukan sahaja kepada Rakan ELIT malah juga kepada warga sekolah khususnya kepada para peserta Kursus Modul 6 TS25, kohort 5 yang telah dikendalikan secara dalam talian.

Bahan daripada video ini boleh dikases menerusi link berikut;
https://drive.google.com/file/d/16OCJf5hJbAbIMyjfIvCZzrNCIPmGqiye/view?usp=sharing
__________

Module 6 TS25 Has two sub -modules, namely Sub Module 6.1 is a CORE sub -module related to Dismantling PdP -KmR Standards while sub -module 6.2 is a SUPPORT sub -module related to Innovative Teaching - Project Based Learning Plan.

Sub Module 6.1, dismantling the DSKP gives teachers the skills to dismantle the DSKP in planning meaningful learning. The activities arranged will help teachers increase awareness and understanding of the sequence of knowledge and skills in DSKP. The preparation of lesson planning plans through KmR can help teachers strengthen meaningful PdP practices through planned assessment.

Sub Module 6.2, is an extension of Sub Module 6.1. The focus of this sub-module is to design KmR-PBL-based PdP innovatively towards realizing meaningful learning. Organized activities can create space and opportunities for students to produce products and presentations authentically by applying 6C while taking into account collaborative elements and global perspectives.

This session is a snippet from the Johor State Education Department's ELITE Partner (SISC+) workshop session which was held on 2 June 2021. This recording is expected to increase the understanding of ELITE Partner in order to increase the effectiveness in providing support and guidance to the school. This video has been re -edited so that the content can be adapted to the need to be used as reference and learning material. This video is suitable to be used as a guideline in carrying out Module 6 assignments, not only to ELITE Partners but also to school staff, especially to the participants of Module 6 Course TS25, cohort 5 which has been conducted online.

Material from this video can be accessed via the following links;
https://drive.google.com/file/d/16OCJf5hJbAbIMyjfIvCZzrNCIPmGqiye/view?usp=sharing


Intro ; Flixpress
Montaj: Introvideo & Kinemaster
Created with Wondershare Filmora
Category
SWEDEN

Post your comment

Comments

Be the first to comment